Friday, September 24, 2010

Antara Sebab – Sebab Gagal Dalam Temuduga SPA



Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemohon-pemohon gagal
dalam temuduga SPA.

Antara punca-punca utama kegagalan tersebut adalah:

  1. Tiada persediaan langsung, mengambil sikap sambil lewa tanpa membuat apa-apa.
  2. Pakaian dan penampilan tidak sesuai mengikut status jawatan yang dipohon.
  3. Pasif ketika proses temuduga dijalankan.
  4. Datang lewat ketika hari temuduga.
  5. Dokumen – dokumen dan sijil - sijil yang diperlukan tidak lengkap.
  6. Tidak mengetahui secara mendalam tentang jawatan yang dipohon.
  7. Tidak mengikuti atau tidak tahu tentang perkembangan politik dan isu semasa.
  8. Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan.
  9. Tidak tahu atau ingat perkara-perkara mengenai malaysia, sejarah, peminpin, rukun negara dsgnya.

Perkara-perkara tersebut boleh di atasi sekiranya anda benar-benar bersedia dan membuat persiapan sebelum temuduga.

No comments:

Post a Comment